WOOT WOOT 😊
Anda HIPSTER?? INSTAGRAMER?? COFFEEHOLIC?? Big tas'Tea Kok Lanas adalah kafe wajib untuk anda lawati. Yup, WAJIB dan berbaloi-baloi. Serius sangat rugi kalau korang tak singgah.
Kafe ini sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga & sahabat |
Sesiapa yang sukakan pasta dan 'meatball', ini akan menjadi kafe kegemaran anda. Hidangan mereka ringkas dan minimal. Apa yang paling menarik, makanan di sini dijual dengan harga yang tersangat lar berpatutan.
Menu & Harga Makanan |
Senarai Harga Minuman |
Mereka turut menyediakan Waffle sebagai pemanis mulut |
Diriku dan keluarga memesan satu hidangan Spaghetti Meatball, 2 hidangan Set Meatball 16pcs & satu hidangan Kaya Waffle. Semua makanan yang disediakan sangat sedap dan mengenyangkan. Persembahan makanan mereka cukup ringkas dan kemas. Sangat mengiurkan bagi perut yang sedang lapar. Hahaha... 😍😍😍
Spaghetti Meatball - RM10.80 |
💜💜💜Spaghetti Meatball - Sosnya mempunyai rasa yang tersendiri (bukan macam sos pasta segera) dan pastanya dimasak dengan baik.
Set Meatball 16pcs - RM8.80 |
💜💜💜 Set Meatball - Bagi sesiapa yang teringin sangat nak rasa meatball IKEA, tapi masih tidak berkesempatan @ tak sanggup nak beratur panjang tu, korang datang jer ke kafe ni kalau berada di Kelantan. Bagi diriku, set meatball di kafe ini rasanya lagi sedap dari yang di IKEA. Saiz bebola dagingnya tidak terlalu kecil @ tidak terlalu besar. Sos, jem & kentang putar yang dihidangkan juga sedap dan melengkapkan hidangan dengan sempurna.
Kaya Waffle - RM3.00 |
💜💜💜 Kaya Waffle - Tebal dan dimasak sempurna. Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka pasti suka.
MINUMAN - Kopi-kopi yang dihidangkan pekat dan sedap
GODZILLA CUP 💜💜💜Cappucino & Milk Tea Special - RM5.00 secawan 💜💜💜Mocha Caramel - RM6.00 |
GODZILLA CUP 💜💜💜Espresso - RM5.00 (Kegemaran kami sekeluarga) |
HOT DRINK 💜💜💜Mocha Caramel - RM5.50 |
Kafe ini mempunyai ruang di dalam dan juga ruang di luar. Para pengunjung boleh memilih mengikut kesesuaian dan kemahuan.
Deko kafe ini juga menarik dan selesa. Jarak antara satu meja ke meja yang lain amat lar sesuai bagi yang sukakan privasi.
Kami memilih ruang di dalam kafe |
Sesuai untuk ibu dengan anak kecil |
Bersantai bersama keluarga |
Berbincang perkara penting |
Warna deko yang menarik dan bergaya |
Ruangan di luar |
Sesuai bagi pengunjung yang datang berseorangan |
Korang akan didendangkan dengan lagu-lagu terkini dan tak akan bosan |
Amacam?? Menarik kan?? Serius, memang tiptop kafe ni. Daripada servis --> deko --> makanan --> harga, semuanya memang memuaskan hati. Servis yang diberikan sangat bagus (peramah dalam melayan setiap pertanyaan kami sekeluarga).
Kami sekeluarga memang akan kembali ke kafe ini lagi. 👍👍👍
Kenyang perut, suka hati 💜💜💜 |
Kiranya, sampai disini saja blog pada kali ini, moga bermanfaat buat semua. #merah2017diary #merahdiary
Sesiapa yang berminat, ini maklumat buat korang;
👇👇👇
Waktu Operasi: Sabtu - Khamis (11.30am - 10.00pm)
Facebook: BIG tas'TEA KOK LANAS
0 comments:
Post a Comment