Assalamualaikum semuanya. 😄
Untuk blog yg pertama ini, diriku akan berikan ulasan mengenai sebuah kotak misteri; iaitu Peek-a-Box. Secara ringkasnya, peek-a-box merupakan sebuah kotak kecantikan eksklusif, yang korang boleh langgan secara bulanan. Setiap bulan, peek-a-box menawarkan 4-5 barangan kecantikan misteri yang akan dihantar terus ke pintu rumah korang. Apa yang lebih menarik ialah, kotaknya yang comel, dan seakan-akan laci solek kecil. Korang boleh gunakan semula kotak tu sebagai perhiasan di ruang peribadi.
Pada bulan September yang lalu, diriku ada melanggan peek-a-box edisi istimewa, hasil kerjasama bersama hurr.tv.
👇👇👇👇👇👇
APA YANG ADA DALAM KOTAK;
2. PEEK-A-BOX MULTIPURPOSE MAKE-UP BRUSH
3. PEEK-A-BOX BLEND & CLEANSE CLEANER WIPES
Menarik kan??!!! Kan, kan, kan??!! Haha...
Untuk edisi istimewa ni, kita bukan setakat dapat 4 atau 5 barang, tapi 8 barang semuanya. Serius, memang menarik. Diriku boleh buat satu solekan yang ringkas dengan hanya guna barang yang ada dalam kotak misteri ni. 😍
Apa yang penting, Peek-a-box ni harganya hanya RM71 (termasuk kos pos). Bagi sesiapa yang suka berjimat tu, memang takkan rugi kalau sekali-sekala langgan kotak misteri ni. 😉😉😉
Sampai disini sahaja perkongsian pada hari ini. Sehingga jumpa lagi..... 😘 #muahchiked #merahdiary #merah2017diary
0 comments:
Post a Comment