#2 A NEWBIE IN MAKEUP

OLA OLI CIKABUM CIKABUM 😆


Hai semuanya, selamat datang ke blog #merahdiary. Hehehe... Untuk blog kali ini, akan ku titipkan mengenai diriku yang kini sedang berusaha belajar mengenai seni solekan, hahaha 😂.

KENAPA SUKA BERSOLEK???
Secara umumnya, perempuan ni memang kebanyakannya suka bersolek. Kenapa suka?? Susah sungguh nak jawab sebabnya. Huhuhu... OK, korang pernah jatuh cinta pandang pertama tak??? Kadang-kadang sampai tak tahu kenapa suka @ sayang dekat seseorang tu. Hah, macam tu lar rasanya dengan alat solek & bersolek ni. Diri sendiri pun tak pasti sebab utama tersuka tanpa sengaja dengan seni solek-menyolek ni. Yang pasti keyakinan diri makin bertambah semenjak suka bersolek.

BILA BERMULANYA SUKA???
Sukanya dah agak lama. Kalau tak silap semenjak zaman belajar di kolej matrikulasi pada tahun 2011. Pertama kali terjebak masa Majlis Makan Malam KMJ (Batch 2010-2011). Masa tu kononnya nak nampak lain dari hari-hari biasa. Nak nampak cantik & kebaboom lar katakan, hehehe...

Majlis Makan Malam KMJ

Tapi, suka tu hanya bertahan buat seketika. Huhuhu... Bila dah habis majilis tu terus terkubur rasa suka tu. Rasa suka & minat datang balik masa bermulanya latihan industri pada tahun 2015. Masa ni diriku di tahun ke-3 Ijazah Sarjana Muda di UPM. Bermula la detik-detik perkenalan dengan alat solek sedikit demi sedikit, dan sekarang menjadi semakin minat.

Lipstik Merah wajib masa LI

APA KEBAIKANNYA???
Banyak rasanya... hahaha 😍😍😍 Secara peribadi, diriku boleh katakan keyakinan diri makin bertambah. Tambahan, bila berhadapan dengan orang baharu, tidak terasa gugup untuk memulakan perbualan. Kiranya, terasa lebih mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan & masyarakat gitu....

APA KEBURUKANNYA???
Yang ini tak lain tak bukan, duit akan selalu terbang 😁😁😁. Memang pantang kalau dengar & nampak barang baru, mesti tangan gatal nak beli. Padahal, realitinya bukannya reti sangat guna. Dah nama pun baru belajar kan, memang reti yang asas je lar sekarang ni... HAHAHAHAHA....

APA OBJEKTIF?
Sebenarnya, objektif utama sudah semestinya nak terlajak pandai dalam bersolek. Kahkahkah... Kalau dah pandai nanti, kalau nak tunang @ ada buat majlis ke apa, boleh diriku bersolek sendiri. Solekan mama, kakak-kakak dan diri sendiri, jimat kos sara majlis, hehehe...

Kiranya idea dah xmencurah ni. Sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Huhuhu... Nantikan blog akan datang dengan minda yang positif dan aktif... InsyaAllah akan ada mungkin blog pada ketika diri ini sudah handal dalam solekan... 😉😉😉 #muahchiked #merahdiary #merah2017diary



0 comments:

Post a Comment

My Instagram